- Judul
: Upin & Ipin Angkasa
- Judul : Hasil Tempatan
Sinopsis: Upin, Ipin dan
kawan-kawan didedahkan tentang kepelbagaian buah-buahan tempatan dan cara
memakan buah-buahan tersebut melalui tunjuk ajar dari Opah, Ros, Tok Dalang dan
Cikgu Melati. Mereka juga belajar tentang kepentingan buah-buahan tempatan
kepada kesihatan mereka.
- Judul : Perangi Rasuah
Sinopsis:Upin
dan Ipin mempelajari sesuatu yang baru iaitu rasuah. Mereka belajar bahawa
terdapat pelbagai jenis rasuah dan mereka perlu jauhi dari terjebak. Mereka
turut belajar bagaimana untuk melaporkan rasuah dan lain-lain.
- Judul : Terompah Opah
Sinopsis:Upin
dan Ipin bangga menunjukkan hadiah keychain terompah yang diberikan oleh Mei
Mei, pada Ros dan Opah. Opah beritahu bahawa suatu ketika dahulu, Opah juga
miliki dan memakai terompah seperti itu. Sebagai bukti, Opah tunjukkan terompah
tersebut pada mereka. Setelah melihat terompah tersebut, Opah mula teringatkan
zaman lalunya.
- Judul : Pokok Seribu Guna
Sinopsis: Pada musim cuti sekolah,
Upin dan Ipin dinasihatkan supaya mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu
yang berfeadah dan bermanfaat. Oleh itu, mereka telah pergi berjumpa Tok
Dalang. Di situ Tok Dalang mengajar mereka tentang kelapa dan kegunaannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar