Rabu, 04 Februari 2015

5 Episod Baru Upin & Ipin Tahun 2014

Sebenarnya episod ini sudah ada sejak tahun 2014 , tapi baru sempat saya posting di tahun 2015
  • Judul : Upin & Ipin Angkasa

Sinopsis: Pada suatu hari, sedang Ros menyiapkan projek Sainsnya, Upin dan Ipin cuba untuk membantu. Ketika itu, Upin dan Ipin mula membayangkan diri mereka sebagai angkasawan dan belajar banyak perkara tentang planet-planet serta fenomena kejadian siang dan malam di angkasa.
  • Judul : Hasil Tempatan
Sinopsis: Upin, Ipin dan kawan-kawan didedahkan tentang kepelbagaian buah-buahan tempatan dan cara memakan buah-buahan tersebut melalui tunjuk ajar dari Opah, Ros, Tok Dalang dan Cikgu Melati. Mereka juga belajar tentang kepentingan buah-buahan tempatan kepada kesihatan mereka.
  • Judul : Perangi Rasuah
Sinopsis:Upin dan Ipin mempelajari sesuatu yang baru iaitu rasuah. Mereka belajar bahawa terdapat pelbagai jenis rasuah dan mereka perlu jauhi dari terjebak. Mereka turut belajar bagaimana untuk melaporkan rasuah dan lain-lain.
  • Judul : Terompah Opah
Sinopsis:Upin dan Ipin bangga menunjukkan hadiah keychain terompah yang diberikan oleh Mei Mei, pada Ros dan Opah. Opah beritahu bahawa suatu ketika dahulu, Opah juga miliki dan memakai terompah seperti itu. Sebagai bukti, Opah tunjukkan terompah tersebut pada mereka. Setelah melihat terompah tersebut, Opah mula teringatkan zaman lalunya.
  • Judul : Pokok Seribu Guna
Sinopsis: Pada musim cuti sekolah, Upin dan Ipin dinasihatkan supaya mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfeadah dan bermanfaat. Oleh itu, mereka telah pergi berjumpa Tok Dalang. Di situ Tok Dalang mengajar mereka tentang kelapa dan kegunaannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Popular Posts